Thursday, November 24, 2016

day 23

Image result for demam muka comel

Fever is coming. 
I need vitamin c
Gais, hati-hati kat luar
Kesayangan pun sama jangan degil-degil
drive careful tau.

Thursday, November 17, 2016

Day 18

hai kesayangan. Arini mood saya cerah sangat. Semalam tido agak lena. Lagi- lagi memelok gf nombor 2. Eh bukan maksud aku ade gf lain. Aku ni kan ngade-ngade bak kata dia. Setiap kali dia datang umah, aku suh bawak baju dia yang wangi tu buat penghilang rindu katanya. Semalam pulak hujan lebat, aku lak meredah dengan hebatnya. 

Setiap kali sampai umah dia selalu text, awk dah mandi ke belum? Aku dengan riangnya. Sudah! Sebenarnya aku masih bergolek-golek mcm panda cute kat atas tilam. Hahahaa. Kalau dia text aku diam tu, dah paham aku kelaut china selatan. Lagi lah semalam lena gileee. Sori sayang tertinggal awk. Selalu saya je kena tinggal. :P

Satu lah aku suka dengan kesayangan ni, dia ni suka ingatkan aku benda kecik-kecik. Contohnya kuar rumah. Perangai aku ni suka sangat biarkan pintu dapur tu terbuka. Aku sedar tapi malas betul nak tutup. Kalau aku balik umah mak aku, dia punya pesanan banyak. Baju-baju kat ampaian jangan lupa angkat. Nanti baju abes basah. Cek pintu semua. Kesayangan ni jadi master check aku kat umah. Lagi- lagi bab makan waktu malam.

Ni satu perangai aku kalau dh balik memang malas nak kuar. Apa je ada kat umah main dan je aku telan. Disebabkan aku ada gastrik yang agak teruk jugakla. Dia pesan kalau balik singgah beli makan. Kang perot masuk angin. 

Tau tak kesayangan ni garang cam singa. Manis macam tebu. Tebu pun kalah dengan dia. 

okey gais. Happy weekend bersama kesayangan memasing ye. :)

Tuesday, November 15, 2016

Talam


Image result for gosip

Lebih baik makan kuih talam dari berkawan orang bertalam. Orang bertalam ni nampak je baik kat depan. Tapi kat belakang ya rabbi dia punya talam 200 juta kot. Sakit jiwa aku dengan budak opis bertalam-talam ni. 

Yang berkira kerja kau tak payah cakap. Sana sini. Yang aku cover kerja orang ni tak penah nak bising-bising pon. Tak paham kan. Aku lagi tak faham. Duk sebelah sebelah pun boleh mengumpat tahap cipan. Yang bos aku ni pun satu biar je. Bukan nak wat pape. Sakit hati kita.

Ni akhir tahun semua orang tengah bertungkus buat payment segala bagai. Time ni lah semua berkira tahap babun. Aku rasa kerja ni tak payah lah nak berkira sangat. Buat sesama apa susah. Hai bertabah sangat hati


Friday, November 11, 2016

early monthsary

Kepada cik adik manis,

dah lama rasanya saya tak karangkan secebis rasa buat awk. Hari ini kita baru berkawan 5 bulan. Mungkin satu jangka masa yang pendek untuk awk kenal diri saya. Saya pun tak kenal awak secara mendalam. Ingat tak kita berkawan hampir 4 tahun dari tahun 2012. Awak mana nak pandang saya  ni kan kan.

Penah kita lepak sesama kawan, awak kata susah nak handle orang muda tapi saya diam je. Awak tau saya taklah susah nak di jaga pun. Bagila sardin telur goreng pun saya dah cukup happy. Tapi awak kata takkan hari-hari makan sardin? saya gelak sendiri.

Sekali lagi awak tanya nak makan apa? saya kata masak lah apa-apa asalkan simple dan sedap. Jangan mengada-ngada boleh. keluarlah emoji marah dia. Awak ni janganla garang sangat dengan saya, cuba manis-manis je. 

Awak, saya harap perkenalan kita akan menjangkau lama. Bukan setakat 5 bulan tapi lebih dari itu. Kalau diberi pilihan tentu awak takkan pilih saya yg kurang kacak ni kan. Tapi saya ada ciri-ciri yang awk suka kan. Tau tak bertapa susahnya nak jaga orang ramai peminat cam awak ni. 

Eh silap awak kata saya ramai peminat tp celah mana saya pun tak tau. awak tau saya sayangkan awk sangat. saya tau kita serasi dari semua segi. hari-hari saya indah bila awk send gambar senyuman yang paling manis kat saya. rasanya masa buat kerja hilang stress tengok senyuman awk gelagat awk dengan bos.

awak, mungkin saya serba kekurangan. tapi saya akan jaga awk sebaik-baiknya. sayang awk selalu.

rindu awk selalu, lets counting our 1st trip sesama. jaga diri awk.

ikhlas dari,

Pencuri Hati 

Thursday, November 10, 2016

Napa awak suka saya? Awak ni cute tau, nakal, selalu amik berat. Tapi saya kurang kacak lah. Lagi bagus awk tak kacak, takde orang dekat dengan awk. Skang muka tak kacak pun orang ramai dekat awk, nanti dah lebih kacak tak tau lah nak kata apa.

Hai kesayangan ni suka cakap macam itu. Dia ingat aku ni semua melayan ke? Aku amik masa tau nak rapat dengan orang.  Korang penah dengar aku stori sal "someone" kan. Meh aku sambung cite ari tu, lepas kami jumpa di zawara ritu ada pertemuan lagi. Nampak gaya dia yang amik langkah dulu. Ingatkan takde nak jumpa-jumpa lagi. Kot lah kena reject kan. Ada satu masa tu, lepas aku balik keja we ols ada la mesej-mesej tanya wat apa semua. That time aku baru balik dari gym rasanya. 

Dalam kul 8 malam camtu, dah siap mandi semua tetibe dia text "saya kat bawah ni, awak siap lah kita dinner sesama" aik cik adik awk ni memang suka wat surpise kat saya eh. Masa makan tanya dia, napa nak dinner sesama ni. Aku kata awk rindu saya ker? terkedu dia. Cuba cakap ye saya rindu awk. Tu pon nak berselindung ag. Lepas dinner borak sesama then bila balik semua dia text, haah saya rindu awk. Hah kan senang.

Tapi yela keadaan masa tu memang susah nak jangka. dia pun suka sakat-sakat aku kadang.

now both of us dah rasmi berdua. nampak tak akhirnya pencarian aku berjaya :)

Thursday, November 3, 2016

Blue Tick

Ko tau apa itu kuasa " Blue Tick" Kuasa dimana kau boleh membaca mesej, dan mesej telah dibaca oleh penerima. Kuasa tu sebenarnya leh buat orang marah, gembira, sedih dan lain lain. Ada orang tunggu mesej tu diterima dengan nada gembira. Ada orang menerima dengan nada tertunggu-tunggu.

Mana tau hantar mesej kat crush. Crush balas terus joget bergembira. Tapi gais kalau korang rasa korang tak suka orang tu, pelis never-never baca. Just delete dan takdelah buat orang terasa ke apa. Bagi aku kuasa ni leh pengaruhi orang kot. Hahaha. So for those rasa-rasa tak nak berkawan dengan orang ke tetibe dapat mesej just buang. Jangan sesekali baca.

Eh# act remind my self jugak since orang baca mesej aku tak reply. Kalau yepon taknak berkawan just directly mesej. Okey gais lets start working. 

*Mood nak mengupdate datang pulak kini* Have a good day gais