Sunday, December 27, 2015

A year 2015

Selamat Pagi buat yang masih membaca blog ini,


Lama rasanya tak menulis di muka buku ni. Mungkin beberapa bulan rasanya. Acapkali nak menulis akan terhenti di suatu sudut. Tahun 2015 akan berakhir tak lama lagi. Tahun ini dikatakan aku berperang dengan emosi dan fizikal.Ye emosi aku paling teruk di hentam.

Opis
Btw aku dah berpindah opis dari presint 4 ke presint 2.Pepaham jela pindah opis merangkap pindah jabatan sekali. Dah 2 bulan rasanya berpindah. Tak syoknye opis baru aku ni nak kene mengadap mamak sentiasa. Tapi takdelah hari2 aku ke mamak. Bosan wei. Rutin budak opis aku skang duk beli meggi banyak2, tengahri makan tu. Nampak sangat memasing malas kuar lunch terutamanya. Agak-agak korang nak main bola sepak ke golf meh datang opis aku, besar gile sampai banyak ruang kosong kot. Kat opis aku ni ade masalah mendengki sesama manusia. Tak kire ko tua ke muda sama je pangai. Nampak alim tapi semua bangang. Orang baik dengan bos pon ko dh mengumpat, tu belum ag ko dpt markah tinggi sikit mula dia canang satu bangunan. Adei macam budak perangai sedangkan dah tua bangka. Rasanya ini yang ke berapa kali aku kene tak tau la. Apa yang dia xsuke dengan aku pon tak tau.

Rumah
Aku penah cite sal rumah PPA1m yang aku dpt tu? Nampak gaya progress dia ongoing. Maybe end next year or early 2017 siaplah rumah aku tu. Lately ni kerap gak aku ushar2 yela, saving sepatutnye dah start skang. tapi aku lom start pape ag. Eh aku ade saving tapi xdelah gigih nyimpan banyaknye. Nasib lah dah terbiasa bayar duit kuarters tu, takdelah rasa tanjat nak bayar banyak nnt. hahaha.

Travel
Semalam aku baru balik dari percutian yang awesome!Both of us sangat enjoy percutian kali ini. Terima kasih sang kawan yang ada untuk aku di saat ini. Aku dah tak kesah orang nak kata apa tentang aku. Duit banyak sgt ke leh travel. Suka hati aku la. I need all this untuk lupakan segala kesedihan yang aku alami. Sempat lah kami bercuti ke Penang, Johor dan Singapore. Duduk hotel bajet, share duit, share emosi. Seronok tak terkire sebab dapat kawan yang sekepala dengan kita. 

Cinta
When it come tentang cinta. Buat aku rasa macam-macam. Hubungan yang tidak kesampaian. Mungkin susah nak berbicara tentang ini. Yang aku tahu both of us dah move dari relationship itu. Takde jodoh. But i still nak jadi kawan yang terbaik untuk dia. Maybe bukan terbaikla, tapi yang selalu ada. Tapi bila hubungan tu dah bertukar it seem like ada yang tak puas hati dari  semua segi. of cus it might be weird sikit. Dah lama berhubungan, dan bila rasa itu dah berbeda jadi sukar pulak. Ada je yang tak kene di mata dia. Bak kata dia aku lebih bagus jadi kawan but not a good lover. Betul agaknya. Im not perfect. Aku akui aku banyak khilaf.Takpela amik semua ini sebagai satu motivate untuk jadi lebih baik. Aku doakan dia dapat orang yang dia nak dan yang dapat fahami dia lebih dri aku. Sebab aku memang tak banyak kelebihan.

Kawan
Percaya atau tidak aku dah lama tak jumpa my best buddy.Maybe 2-3 years rasanya. Gila ar. Memasing duk cyber-putrajaya je pon. Macam jauh gile. Kiteorg tak jumpa for a long time. Aku tak tahu kenapa jadi gitu.Sampai skang kami masih pelik. Dan lately we keep jumpa gak. Ada lah sebulan tu tiap minggu jumpa. Hahahaha. Macam balas dendam balik tak jumpa. Tapi bila dh jumpa banyak cerita kiteorg borak.Dia antara kawan aku yang paling rapat dan kiteorg leh cerita semua bende. Dan memasing cam tau kalau ade masalah.

Famili
Aku skang dah naik pangkat jadi maklong. Cam tua pulak di panggil maklong. Aku dh ade anak buah! yeayyyy. Dia antara sebab aku selalu balik umah mak aku. Nak gomol2 je si debab tu. Skang dah pandai jalan, even asik nanes. Nak jalan tapi nanes. Manja lebih. Mentanglah dia jadi kesayangan semua. Geram je rasa tau.

Kira aku dah rangkumkan semuaaa kisah yang tertulis. Kalau ikutkan banyak je benda yang berlaku tapi aku keep semua tu dalam otak aku. Yang baik itu datang dariNya , yang khilaf tu mungkin dari aku yang serba kekurangan ini. Percayalah disudut hati aku sebenarnya nak berikan kebahagian buat semua yang ada disisi aku. Cuma kesempatan itu je yang takde. Selamat Tinggal 2015. Moga aku jadi lebih tabah untuk hadapi segala rintangan dan dugaan yang mendatang. 


Tuesday, December 22, 2015

Perasaan
Susah untuk kita gapai

Ya
mungkin jugak takkan di gapai 
dengan satu perkataan

Dimana 
letaknya harapan
Masih ada kah harapan yang ingin kita gapai

*hm*

Jiwa tertanya
sampai bila
dan 
sampai bila

*huh*

Keluhan lagi.
Tapi sampai bila.

Thursday, August 27, 2015

end ogos

Dalam tak sedar
next week dah masuk bulan baru

Dalam tak sedar
Mak aku dah pergi ke Mekah selama 2 minggu

Dalam tak sedar
kawan rapat aku akan kahwin lagi 2 week

Dalam tak sedar
diri aku sedang bertarung untuk berpindah

Dalam tak sedar juga
Aku rasa diri perlukan perubahan

Dalam tak sedar
Yang Fantasi sekarang sudah realiti

*eh bukan AF*

Tapi persekitaran

Monday, August 24, 2015

Left

Hentak kaki
Hentak jari
eh bukan nak kerat jari

Nak kerat hati yang terguris

*hem *hem

Opis tak pindah lagi
steres apakah ini
orang dah bertanya
sana sini

*geleng oh geleng

naik opis jumpa lagi orang
bila nak pindah

eeeeeee

kejap lagi nak pindahla
nak halau je kome kome ni

tulun! tulun!
kontraktor yang lambat lah

*tumpang opis ye sampai bulan 9*

malu malu nak cakap rasanya
hahaha

Tuesday, August 11, 2015

Shit !

angin marah aku macam bakal meletup 
kadang-kadang hati dah tak tahan
dengan keadaan opis yang serabut.
letih la

hormat memang hormat
tapi satu masa boleh meletus jugak
ni lagi nak pindah opis

*semua urat-urat jadi tegang hokey

bukan apa

kau tahan tak nanti opis duduk ala-ala cc
takde privasi
dah terlalu open sgt.

yang depan aku ni pulak
asal bos takde
bergayut sampai 2-3 jam
tu belum lagi dia berborak 

kalau cakap selow takpe gak
cakap kuat sampai satu floor nak dgr

aku pun tak paham
orang yang dia kol tu tak muak ke dengar sore dia

*Ya Ampun*

Aku bukan nak mengeji tapi hati dah takleh tahan

Mohon dia pindah
atau sikit lagi aku mintak pindah.


Tuesday, June 30, 2015

Ramadhan

Selamat berpuasa sahabat.

Ramadhan tahun ini belalu dengan cepatnya. Aku akui terlalu banyak benda berlaku di bulan ini. Bila ia melibatkan perasaan aku sendirinya. Tahun ini jugak aku akan beraya tanpa ayahanda tersayang. Dalam aku tak sedar , dah 2 tahun dia meninggalkan kami sekeluarga.

Aku ingin kabarkan yang aku sekrang dah jadi Makcik. Haha tak sedar dah dpt anak buah sado. Terisi kekosongan kat rumah aku. Kehadiran si kecik tu memeriahkan kami sekeluarga. Lagi-lagi mak aku. Yela gelagat dia sebijik cam arwah ayah aku. Kalau di tengok-tengok dari rupa , senyuman alahai. Sampai banyak nama kiteorang bagi dia, abang sado lah, cik botak lah. Hahahah

Tahun ini, mak aku akan pergi mengerjakan haji. Sepatutnya dia pergi tahun lepas bersama arwah ayahku. Mungkin tiada rezeki , ayahku nak ke sana. Di hari dia nak ke Mekah, dia diuji dengan sakit yang kritikal. Harapnya adik aku akan dpt berita baik di bulan ramadhan ini. Dia buat permohonan untuk temani mak aku ke sana. Insyallah kalau ada rezeki dia akan kesana.

btw aku dah dpt rumah PP1AM , dalam 2 tahun dia akan siap. Rezeki kan. Alhamdulillah. Sekarang ini aku masih duk kuarters. Lepas siap rumah pindah lah aku nnt.hehe.  Oh ye ade berita baik jugak tahun ini aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. 2 kali dah dalam perkhidmatan aku di dalam Kerajaan. Semua ini rezeki yang tak tersangka. Penat lelah berbaloi akhirnya, walau mungkin ade yang pertikai di belakang aku. 

Akhir ramadhan ini, opis aku akan berpindah ke tempat lain atas arahan. Rasa sebak sebenarnya untuk keluar dari comfort zone yang di sekeliling kita ade sahabat2. Tapi apa nak buat nama pun keja. Lepas ni merasa lah hari-hari makan Mamak je memanjang. Hahaha. 

Akhirnya sekali, aku doakan korang semua bahagia bersama tersayang, bahagia melakukan kerja dan yang paling penting Selamat berpose.


Monday, June 1, 2015

huh



Feeling nyampah dan geram
aku rasa kejap lagi aku panas
sakit jiwa aku
beli headphone macam tak guna
budak-budak yang kerja sesama ni
lagi buat aku sakit hati

aku tak kisah ko nak tunjuk bagus
or pape pun
tapi aku paling benggang manusia yang
talam , hipokrit ni

what the fuck!!

Sabar

Aku rasa kadang-kadang persekitaran aku ni kurang adil
Ye , memang tidak adil,
di tindas dan menindas tu perkara biasa

bukan lumrah kehidupan sahaja,
lumrah kerja yang aku
rasa give up

*patah hati*


Wednesday, February 25, 2015



sumber : bicarasamaawan

A Great Big World - Already Home





You say love is what you put into it
You say that I'm losing my will
Don't you know that you're all that I think about?
You make up a half of the whole


You say that it's hard to commit to it
You say that it's hard standing still
Don't you know that I spend all my nights
Counting backwards the days 'til I'm home?


If only New York wasn't so far away
I promise the city won't get in our way
When you're scared and alone,
Just know that I'm already home


I say that we're right in the heart of it
A love only we understand
I will bend every light in this city
And make sure they're shining on you


If only New York wasn't so far away
I promise the city won't get in our way
When you're scared and alone,
Just know that I'm already home


When life takes its own course
Sometimes we just don't get to choose
I'd rather be there next to you
Promise you'll wait for me, wait for me
Wait 'til I'm home


All I have is this feeling inside of me
The only thing I've ever known


If only New York wasn't so far away
I promise the city won't get in our way
When you're scared and alone,
Just know that I'm already home


If only New York wasn't so far away
I will be there every step of the way
And when you're scared and alone,
Just know that I'm already home
Just know that I'm already home







aku tak paham jenis orang yang suka stalk orang
perlu ke copy paste status aku
dan paste pada orang.

boleh tak jaga periuk sendiri
boleh tak jangan sibuk hal orang
kalau tak tau pape
sila jangan nak bercerita

*bengang*

dah lah panas kat opis
lagi panas rasa dihati bila orang wat gini.


Thursday, January 22, 2015

Ego

ego.
aku kata semua orang
dan kini aku kata diri aku

Dia
kata aku punya ego yang tinggi
aku diam
Aku punya ego yang tinggi

Dia kata lagi
ini bukan orang yang dia kenali
tapi aku tegas katakan aku masih yang sama

Bila dua orang
berkata sal ego
tiada siapa yang akan mengalah

ini cerita bukan
mencari pemenang
bukan cerita mencari salah siapa.

Salam Jumaat

Tuesday, January 20, 2015

Boot Camp

Guys korang penah join FIT MALAYSIA?
sure yang join kebanyakan yang nak kuruskan badan,
ikot kawan, saja buang masa

btw semalam aku join program ini. Pergh lemak terbakar weh. 
aku yang selalu pi zumba, aerobik pon terasa penat
tapi kan kan kan

berbaloi pergi program FIT MALAYSIA  ni
bukan apa
nak badan sihat kan. Takkan nak gemok.
ngeh2

Hasilnya semalam ade lah buat beberapa rutin senaman.

* plank
* jumping jack
* squats

dan beberapa lagi

korang ade masa join la kat KBS dan Padang Maybank
setiap selasa dan khamis. 

 Nak kempiskan perot, sila buat ini. memula ketar punya. Lelama korang akan baik



Monday, January 19, 2015

#8

#7

Perasan atau tidak media sosial semakin banyak rini. Dari hari ke hari, esok facebook, esok lagi tagged esok lagi aku pun tak pasti media apa yang bakal muncul. Baik buruk media ni kita je yang tahu. Tapi aku tak paham sejenis manusia yang suka membongkar rahsia diri, keluarga dan apa jua yang dibicara dalam hati.

Oh**
tangan berbicara
jari menaip

Masing-masing punya masalah
tapi perlu ke buka semua aib itu

Yer ruang sosial ni dibuka
untuk monolog dihati
monolog kita untuk berbicara

tapi**

Jangan diambil mudah
orang tak kira ko siapa
berbisik bisik dibelakang
orang mengata

ermm

simpan simpan di gobok kisah ko
tak perlu di cerita pada semua kisah di tido
kisah rumah tangga



Thursday, January 15, 2015

#6


Setiap yang masalah pasti ade hikmahnya
moga aku mahupun kamu dan kamu semua
dipermudahkan segala urusan

happy weekend wif ur love ones
:)

#5

burung berterbangan
umpama hati juga berterbangan
kisah 1000 malam
yang berkesudahan dengan kesedihan

*bintang dilangit
  kisah yang dipertahankan
  tapi terhenti di sebatang jalan

**
Oh hati
dengarkan hati aku berkata
dengarkan jiwa berbicara


**
selangkah demi selangkah
percayalaa bukan aku pinta
mahupun sesiapa pinta

**
noktah di sisi tepi.


#4


Ayuh!
Bangun
Selamat pagi kawan-kawan
Mari mulakan kerja dengan sikap positif
:)

Lagu pilihan #2015


Bulan bintang kau janjikan

Tidak aku teruja
Cakap memang mudah
Semuanya mampu



Kata manis kau beri
Ku terpikat belum tentu
Cakap memang murah
Oh, kau pun tau



Kiranya kau benar mahu
Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku




Knock knock
Mahu ku perhatian
Talk talk
Mahu ku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikan ku



Knock knock
Ku beri kau semua
Talk talk
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikan ku



Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku hampa kau kan rasa
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku terluka kau pun kan sama



Bukan mahu tunjuk diva
Bukan nak mengada
Cuma ku tak mahu kecewa selalu
Dan andai apa ku beri
Tidak cukup untukmu
Katakan padaku apa kau mahu



Kiranya kau benar mahu
Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku

Wednesday, January 14, 2015

Lagu Pilihan 2015

I can still remember the time you were there
When I needed to hold you, feel you
Everytime I ask you to find a new way
You lie a new way
Is it gone, gone, gone, gone, gone

You'll change
You'll never change
You're never never gonna keep your promises x 2

You said you'd change
But I'm afraid
It's something I won't live to see
It's seems so strange
That sometimes fate
Can appear to be so real
And yet turn out to be a fantasy

Same old line, one more time
Say you're gonna be, there for me
Say you'll change, change your ways
Never gonna keep your promises
Same old game ( Ben - You know it doesn't turn me on)
Brand new day (Ben - You're singing that same old song)
No more lies (Ben - If you don't wanna find me gone, gone, gone, gone, gone)




Good Morning Cikgu

7.35 pagi cuaca luar seakan-akan mendung tak bererti hujan. Aku suka dengar lagu mendung tak bererti hujan. Bila dengar lagu ni seakan-akan jiwa aku berlalu pergi. Pelik kan permulaan tahun yang kurang enak di kehidupan aku.

orang tanya kenapa susah kita bagi jawapan diri. Aku jawab aku pun tak pasti. Seperti mana dengan kehidupan kita. Ada naik ada turun takkan memanjang nak up je kan. It's life bebeh. Kehendak nak ni, kemahuan nak tu , bak kata aku " kisah kita selalunya tak sempurna'' seperti korang jugak.

This week banyak benda berlaku, aku masih blur dengan semua keadaan tapi kadang2 kita ada hak untuk bercakap. Tapi ikut tempatla. Ayat aku tahun ini di harap tiada kejawaan. Aku nak menulis dengan tulisan yang sempurna. Harap-harap lah kan.

Okey guys, harap korang sihat dan bahagia bersama tersayang