Monday, January 21, 2019

Bersiaran dari sungai koyan

Pagi yang gelap sini sudah terang. Hehee bagi feeling sikit. Aku skang kat felda sungai koyan. Dah seminggu lebih berkampung sini. Almaklumla musim mengundi, memang bertapa lah kat sini. 

Felda sungai koyan ni memang majoriti aku tengok banyak orang melayu. Cumanya area sini kalau korang nak ke satu tempat perlukan transport. Kalau takda memang azab wei. Memandangkan aku kat sini almost 2 week. Memang merasa lah, kejauhan satu kampung ke satu kampung.

Last time kitaorang site visit satu sekolah ni iatu area betau. Sekolah sini memang majoriti orang asli. Cumanya sistem persekolahan sini agak berbeza dari lain-lain tempat. Why? Satu standard dia xsama mcm sekolah. Maybe bahasa jadi satu kesukaran. Tp guys sini, budak2 dia pandai bersukan. Kalah pakcik2 kalau main dengan dorang.

Area sini memang tiada air bersih. Sepenuhnya bergantung air tadahan bukit. Aku tak tipu. Menahan nak kencing je ritu masa kat sekolah. Hahaha. So memang ade sistem lah nak mandi pukul berapa semua. 

At last dorg ni, memang perlukan bantuan lah. Okey gais cow cin cow. Nak pi sini dari kuala lipis dekat 1 jam setengah. Selamat beristirehat gais.



Sunday, January 6, 2019

10 hari tanpa cuti

Hye korang. Di waktu weekend ni korang buat apa je. Aku baru selesai mencantas rambut. Next week aku dah start banyak program. Dah musim panas lit lit cantas jela kan
10 hari kat kuala lipis. Ade keja kat sana. Agak-agak apa yang best kat sana. Kalau bukan sebab program takda duk lelama. Dia dah mula start program ni, memang bakal busy lah. Nak mengelat pun tak boleh. Mostly orang opis semua dah berkeluarga, so ko yang bujang tang tang ni kerna bekorban untuk negara. 🙄

Lepas 2 week nanti aku cerita sikit-sikit apa yang aku buat kat sana. Stay tune gais. Happy weekend ❤️

Wednesday, January 2, 2019

Happy New Year 2019

Selamat tinggal 2018 dan selamat datang 2019. Blog ni mcm timeline juga bersawang lama. Banyak cerita untuk di kongsi tapi masa sangat mencemburui kita. (Bajet Retis) 😜

Korang aku dah pindah opis dengan jayanya tahun lepas. Lepas satu seksaan. Almost 4 tahun aku pendam rasa sakit hati di dada di jiwa. Cewah. Terima kasih pada bos aku yg keluarkan aku dengan jayanya. So now aku dah pindah opis baru. So far opis ni sama jugak job keja dengan yang lama. Cuma cuma unit yang aku duduk ni ya rabbi busy betol.  Bukan biasa-biasa busy. 1st day masuk unit esoknya dh outstation. Masa tu memang blur gila..Lagi pulak aku bujang. Bos aku memang gunakan aku betol2. Tapi thanks lah tanpa dia tak merasa aku dpt pengalaman baru. Siap jadi penceramah 😜.

Tahun 2019 ni, awal tahun dah kena keluar lagi untuk taklimat-taklimat. Moga bertabahlah aku ye.

Dan satu lagi aku ade good news. 3 tahun menunggu. Yeah kini tiba masanya. Umah 1st aku bakal siap dan before raya harap-harap dapat lah duduk. Teruja aku rasa. Dari bayar kuarters baik aku bayar rumah sendiri kan. Adalah barang beli sikit-sikit. Nak harap beli sekaligus, gaji aku bukan lah mcm pegawai. Sedebuk boleh beli. Part ni sikit-sikit lama jadi bukit.

Okey gais. Rasanya setakat ini je aku update. Oh tahun ini azam aku nak jadi lebih awesome dari tahun lepas. Doakan aku ye. Minggu ni aku nak pi cantas rambut aku yg serabai ini.

Until we meet again. Stay cool gais 😎

Tuesday, February 21, 2017

Dari bulan lepas ke hari ini, banyak benda yang terjadi. sampai kadang-kadang tak terluah dengan perkataan. Ini bukan simpati tapi rasa yang terbuku hati yang terpendam. Dari kerja sehinggalah orang perorangan.

Aku rasa nama aku naik kat status fb tu kat bape orang dah. Bukan salah aku pun kena jugak. Tu belom lagi tuduhan palsu yang aku kena. Ingat aku ni apa? Bahan cerita orang. Sakit hati tak payah kata. Tak habes iklan di Fb, dia bagi pulak di whatsap. Perghh aku ingat dah boleh buat drama sebabak cerita aku ni.

Di suatu bulan, aku terduduk tak terkira. Itula saat jatuh sejatuhnya. Itu Tuhan je yang tau. Di tikam opismate, kene tikam dengan kawan sendiri. Dah macam pisau tajam ke jantung.


  1. Image result for hati yang tabah

Wednesday, January 25, 2017

Run Run Away

Kita nulakan tahun ini dengan beberapa acara sukan. Hahaha last year lepas hactic run satu bulan aku terus dah tak join memana run. Kemalasan melanda dengan hebatnya. Ingat stop sebulan sebab nak pi bercuti next monthnya. Aleh-aleh sampai hujung tahun kemalasan aku terserlah. Nasibla kesayangan merelakan diri untuk aku ajak pi makan dan makan lagi 😏😏😏.

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Image result for fun walk kanser 2017

Institut Kanser Negara
4 Feb 2017
Fun Walk 5 km 

Image result for diva run 2017 medal putrajaya

The Running Diva 
19 Mac 2017
3km 
 Bak kata kawan aku " FUN FUN aja uols"


Related image

ChallengePutrajaya
16 April 2017
10 km

Tapi ade beberapa run yang aku nak masuk dah close dan lebih tepat dan sold out. Cepat betul orang-orang ni berdaftar. Ingat tahun ni nak join SCKLM tapi hampa penuh pulak. Makanya bulan 5 Istihar tak join memana run. Lepas raya kalau rajin join lah. Agak- agak ajak kesayangan ni nak join ke tak? Awakkkkk nak join teman lari tak? Hahahahahaa Tak teman lari teman oncall time lari boleh? Macam dulu saya kaco awak 😎😎😎😎.

Eh gais selamat berhujung minggu dengan keluarga. Cuti panjang ni jaga diri dan hati- hati ye.





Friday, December 23, 2016

weekend is coming







Have a great weekend gais with ur love ones :) 
Take good care since cuaca tak menentu kat luar.