Wednesday, January 2, 2019

Happy New Year 2019

Selamat tinggal 2018 dan selamat datang 2019. Blog ni mcm timeline juga bersawang lama. Banyak cerita untuk di kongsi tapi masa sangat mencemburui kita. (Bajet Retis) 😜

Korang aku dah pindah opis dengan jayanya tahun lepas. Lepas satu seksaan. Almost 4 tahun aku pendam rasa sakit hati di dada di jiwa. Cewah. Terima kasih pada bos aku yg keluarkan aku dengan jayanya. So now aku dah pindah opis baru. So far opis ni sama jugak job keja dengan yang lama. Cuma cuma unit yang aku duduk ni ya rabbi busy betol.  Bukan biasa-biasa busy. 1st day masuk unit esoknya dh outstation. Masa tu memang blur gila..Lagi pulak aku bujang. Bos aku memang gunakan aku betol2. Tapi thanks lah tanpa dia tak merasa aku dpt pengalaman baru. Siap jadi penceramah 😜.

Tahun 2019 ni, awal tahun dah kena keluar lagi untuk taklimat-taklimat. Moga bertabahlah aku ye.

Dan satu lagi aku ade good news. 3 tahun menunggu. Yeah kini tiba masanya. Umah 1st aku bakal siap dan before raya harap-harap dapat lah duduk. Teruja aku rasa. Dari bayar kuarters baik aku bayar rumah sendiri kan. Adalah barang beli sikit-sikit. Nak harap beli sekaligus, gaji aku bukan lah mcm pegawai. Sedebuk boleh beli. Part ni sikit-sikit lama jadi bukit.

Okey gais. Rasanya setakat ini je aku update. Oh tahun ini azam aku nak jadi lebih awesome dari tahun lepas. Doakan aku ye. Minggu ni aku nak pi cantas rambut aku yg serabai ini.

Until we meet again. Stay cool gais 😎

No comments:

Post a Comment