Monday, August 29, 2016

bodek

kadang-kadang aku terasa hati sungguh dengan bos aku sorang ni. dia leh cakap aku memacam. dia lupa agaknya keja dia banyak aku dh backup kan. tu pon di ceca kata aku wat keja cincai. siyes hari ini terasa hati gile dengan dia. selama aku wat keja tak penah berkira masa, tenaga semua. 

tapi dia leh kata aku memacam kat orang. lagi worst perasaan ni bila dia backup partner keja aku yg sebenarnya buat keja asyik salah je. dia kata kawan aku tu wat keja teliti, bagus semua. sedangkan aku yang setelkan semua. even keja bahagi dua pon dia leh kata kawan aku tu yg setelkan.

parah hati aku rini. stress tol. budak2 opis aku ni semua kaki bodek kaki ampu. dah tu bukan pangai aku, kene wat jugak ke? cam vavi sungguh.

aleh-aleh PA bos aku pon text aku, orang dah kata buat keja tu tunjuk sikit. sini klo xtunjuk haram dia nak tengok. ni dah kali ke berapa aku asyik kena je dengan bos dengan partner keja aku. stress gila babi

Tuesday, August 16, 2016

Suratan atau kebetulan

Baru-baru ini ada satu kejadian yang i rasa nak gelak sendiri. okey last 2 week famili belah ayah i ada kenduri. Sepupu i kahwin. As usual i memang malas nak pi kenduri-kenduri ni semua. Nak jumpa orang, nak jumpa makcik-makcik. Bukan apa dorang ni suka tanya soalan memerah hati tau. Like bila nak kawin, umur dah meningkat. So clishe sangat soalan tu. Kang i tanya bila kau nak sponsor kahwin, terdiam pulak nanti.

Nak di jadikan cerita, i ade run  Reach Out Run time tu. Kebetulan sepupu i kahwin. Memang tak dapat nak pergila. Penat lah, nak terkejar sana sini. Masa kahwin sepupu i ni memang semua sedara sepapat ada lah. Dan i yang takde. Adik sepupu i ni merajok lah pulak. I tak pi kahwin dia.

Disebabkan belah perempuan tak dapat pi, so i janji dengan dia nanti belah laki i akan ikut. Mana tau masa tarikh belah laki ade run lak. Adei berbelah bahagi rasa. Tak pi terasa hati, makanya lepas run SCKLM terus balik umah mak siap-siap ikut dorg pi bawak rombongan. Kau rasa? Double penat kot. Kang tak pi lagi merajok budak tu.

Yang menariknya aku pi belah lelaki ni ada satu kejadian yang geli hati aku. Serius tak sangka. Masa makan aku pi meja lain nak amik lauk lah citanya, tetiba nampak cik someone tengah amik lauk. Dua kali aku pusing tengok. Eh dia kat sini buat apa? Sebelum tu dia memang ada kata nak ke kenduri kawin. Tapi duk berahsia dengan aku tempat dia nak pi. Amik kau terserempak kat line amik makan. Terperanjat dia. Dua-dua terperanjat. Nak berahsia sangat aleh-aleh melompat dia tengok aku kat tepi dia.

I tanya kat dia. Ni suratan atau kebetulan? Dia kata kebetulan je ni. I kata jodoh ni. Dia tersenyum je. Kenal u dengan i eh even dari belakang. Sekali lagi i jawab jodoh u ni kuat sangat dengan i. Nasiblaaaaaaaa.

Lepas tu i bawa dia jumpa mak i dan dia pon bawa jumpa famili dia. I rasa orang tua memang suka borak dengan i kot. Bukan dia je tapi kat opis pun orang tua suka berceloteh dengan i. Makcik cam kenal awk lah tapi kat mana ye. I senyum je. Mungkin pelanduk 2 serupa kot.

Akhirnya i pun mengundur diri. Terima kasih makcik sudi borak dengan i.Okey cik someone something berbeza kita jumpa kali ini. :)


Wednesday, August 10, 2016

I call u someone

Lately kawan-kawan kat fb sering tanya are u fall in love dude? i senyum. Masih sengih yang pasti. Tak tau nak kata sedang berfall in love or else. Yang pasti hati gembira kenal dia. Okey i call dia someone. I akui sejak kenal dia ada kupu-kupu didalam perot. Jangan nyampah pliss. Is not easy untuk i cite sal "someone".

i dengan someone dah kenal almost 5 years before. Tapi tak siyes sgt lah berkawan. On off fb, On off messenger since i rasa dia ni sombong gila, Muka ketat. Nak rapat kena ade cara lak tu. Someone ni jenis tak berapa gemar nak berborak dengan orang yang dia tak rapat. Even i memula pon dia mesej layan xlayan. Tapi tapi sejak awl tahun ritu ada sakat dia kat fb hari-hari tu yang jadikan kami rapat. eh taklah rapat sesangat. im sure.

One day i ase around bulan 4, i ade ajak dia lepak sama-sama. Hari-hari ajak lepak. Dia ni tak makan pujukan lah. Siap bergurau senda ag. Ada satu saat tu i cam ngidam nak minum coffe kat zawara. Hah i pun ajak ayam dengan dia. "U, jom coffe kat zawara" i tunggu u sampai kul 8. if u xdatang i assume u as tak minat nak kawan ngan i. Then terus dia pm kat fb. Hahahaha kawan terus pm kau. ngeeeee. saja sakat dia act. Tak sangka dia take as siyesly. Omg! i feel yes! Berjaya akhirnya. 

Percaya atau tak dia just mesej. im not sure but if i abis main badminton i meet u kat zawara. I cakap zawara putrajaya tau bukan bangi. Dia pun dengan sombongnya cakap ah mana aci u kene pi bangi la. Then i cakap dia if you nak meet me lets jmpa kat putrajaya, Ugut manja-manja tak namanya tu.

Lepas tu terus dia senyap. i seperti biasa anggap ni biasa jela. Ahaks. Tak jadi lah i assume. Mana tau kul 7.30 malam dia mesej. i abes badminton jap lagi. Jumpa kat sana k. Omg! dia nak jumpa ker? Kahkah i terkena ke ni. Siap laju-laju terus pi zawara. Yang pasti dia sampai dulu.

Yang menariknya we ols tak mintak nombor hp ke pape. Guna fb messenger je. Camne leh tak mintak nombor dia. Sampai je zawara, i dah nampak dia duk kat depan kaunter. Alamak it is jodoh?

Hahaaaaaa mesej dia. Dia tanya mana u ni?saja je kan buat dia tertunggu. I masuk then duduk i cakap. Kita ada jodoh ni. Why? she ask me again. I pon jawab, u pakai merah then i pakai merah, Jodoh kita kuat ni. Suratan atau kebetulan?


Okey. Nanti i cite agi sal this "someone"

Monday, August 8, 2016

sentap

Semalam hari yang paling stress bagi aku. Hadap imigresen whole day. Cuba bayang dari 7 pagi beratur semata nak amik nombor giliran. Ingatkan viral yang digembur tu hanya sekadar kata. Then akhirnya aku sendiri mengalaminya. Rasanya bangun tido bangun tido makan lom lagi sampai turn aku. Stress sungguh rasa.
Aku hanya selesai segala urusan paspot kul 6 petang setelah collect dan buat bayaran. Dah rasa cm pi keja pulak. Sedangkan aku bercuti. Okey enough. by right semalam aku tersentap dengan kata-kata someone. Lepas balik dari buat paspot aku jumpa my bff. As usual kiteorg lepak-lepak, borak makan dan percayala semalam pertama kali amik gambar bersama. Almost 7 years kami kawan itu first time gambar bersama. Kelakar pulak rasa.

Masa aku keluar bersama cik bff, aku gtau cik someone yang aku kuar dengan dia. Then lepas tu dia terus mendiyam dengan tetibe. Okey dia marah aku ke? Confirm. Then aku mesej tak reply lagi. Okey dia marah lah tu. Tak suka aku kuar dengan cik bff. Tapi aku tersentap bila mana aku kol dia aku tanya napa tak balas mesej dia leh kata " awak ingat hp saya 24 jam pegang ker? Yang awk kol banyak kali ni dah kenapa? Sentap gilaaaa. aku leh sabar dengan dia macam-macam. Dia terlupa ke yang dia tengah bercakap dengan aku ni.

Sedih siyes. 2x aku rasa sedih dengan hebaknya. Bengang. Dan dia mesej. Memula memang lah tahan lelama awk sendiri akan hilang tak tahan dengan saya.

Dan conversation kami berakhir cmtu sahaja................

Thursday, August 4, 2016

150 juta

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua

cemburu

Perempuan
kalau dah cemburu
dengan muka dia dengan gaya dia
semua nampak

dia cemburu 
takde sembunyi-sembunyi dah
kalau aku borak dengan cik adek sorang tu
dia akan cakap 
kalau saya tak sayang awk takda saya nak cemburu
buang masa tau!

aku mampu gelak jela
bak kata dia 
awk ni nampak cool je takda rasa pape ke

adoi
hai cik adik awk ni kan
simpan sikit rasa cemburu tu boleh tak

tapi 
saya suka tgk awk muka mengelabah 
bila saya cakap nak keluar
lagi-lagi dengan kawan

okey 


Bahagia

Bahagia dan dibahagiakan
setiap manusia dambakan perasaan itu

Perasaan 
di jagai dibelai
di sayangi
Perasaan yang dah lama hilang dalam diri

dah lama 
aku tinggalkan

namun*

Bila rasa itu timbul
aku rasa nak berhenti 
Aku nak buang rasa itu

tapi**

Dia datang lagi
dan lagi lagi

Yang aku tak dapat nak elak

terima kasih sebab datang dalam hidup aku
walau aku tau bukanlah secara official

Hidup ini terlalu singkat untuk kita sedih
selagi ada masa dan waktu akan aku nikmati rasa itu

:)
Sesungguhnya jadi diri aku ni kena bersabar 200%.
Ada ke orang leh bersabar macam aku ni

Percaya atau tidak aku jarang tunjuk rasa sedih ke rasa apa pun
sebab aku rasa biar simpan dalam hati segala jenis rasa

Rasa yang kadang-kadang takleh nak ungkap.
Dulu partner aku sendiri pun cakap aku ni manusia yang suka pendam.
Dan dia sendiri pun tak tau apa aku fikir

Penah tak sesekali korang rasa penat dengan orang sekeliling?
lately aku rasa sebak dalam hati yang tak terkata
emosi terganggu dengan tibe-tibe
sampai rasa sakit didada sakit dihati
kerja, peribadi, kawan
semuanya datang dengan tiba-tiba

im lost 
shit!

Raya

Pejam celik pejam celik cukup sebulan kita beraya. Dan this week hari terakhir kita beraya,  Moga kita di pertemukan dengan ramadhan yang akan datang. Tahun ini seperti raya yang lepas beraya bersama keluarga dan yang pasti bersama si debab sorang tu. 

Sejak ayah aku meninggal dunia, raya tu tak semeriah seperti dulu. Mungkin rasa kehilangan masih ada. Muka ayah aku tu garang je lebih tapi kalau bab camni dia paling semangat. Alhamdulillah akhirnya nenek aku dapat menerima yang ayah aku dah tiada.  Siapa yang tak sedih anak dia yang pergi dulu sedangkan dia masih hidup lagi. 3 tahun dia bersedih meratap. Tapi syukur.

oh btw selamat hari raya gais. tak tertype pulak rasa.

:)