Tuesday, February 2, 2016

Akan satu masa keadaan tu akan terjadi. Apa pun yang terjadi atau bakal terjadi, hopely semuanya okey.

kemaman

Selamat selamat pagi korang! 4 hari bercuti rasa lemau semacam diri ini. Kemalasan ke opis melanda dengan hebatnye. so cuti korang bt apa je? btw last 2 week aku takde kat kl. 2 week make me feeel so happy. 

Perjalanan aku ke kemaman ritu memang mencabar sungguh. First time sebenarnya aku pi kursus jejauh ni. Merasa lah feeling balik kampung. almaklumlah kampung aku setakat kl tu je. Tak merasa jem jem semua. Aku pi kemaman naik bus dari TBS. Bus Sani Ekspress ni aku recomended jugaklah. Agak selesa dari bus-bus yang penah aku naik. Siap ade plug nak charge. Kira kau takkan bosan sepanjang perjalanan tu.

Perjalanan ke kemaman mengambil masa 5 jam aku kira. Tapi malang sikit bagi aku sebab tak tau mana satu perhentian. Kat kemaman ni ada 2 perhentian. Satu cukai satu lagi geliga. Tapi kebanyakan bus dari kl akan berhenti di Geliga. Sebab aku dah tersesat aku terpakse berjalan 3km dari entah mana aku berhenti ke hotel aku menginap.

Act scary jugak kalau di pikirkan. Aku tawakal je. Kalau tak sampai bila nak sampai. Dalam tak sedar aku jadi pencegah maksiat kejap, hahaha. yela rambut dah pendek tetiba aku jalan di bawah jambatan. pergh dia lari bertempiaran wei. Drama sungguh di pagi buta.

So aku menginap di Riverine Garden Hotel. Aku bagi 5 star untuk hotel ni. even dia bajet tapi keselesaan dia memang awesome lah. cuma bfast non ade lah eh. Jangan risau sebelah hotel ni ada kopitiam pames Hai Peng. So far kopi dia memang sedap seperti orang khabarkan.

Makanya aku rumuskan sepanjang aku di Kemaman ni memang gembira lah. Kemaman ni takdelah menarek sangat tempatnya. Tapi suasana yang aku dapat buat aku happy. Jumpa kawan baru, mendapat kaki terseliuh. Panjat kaki bukit. semua lah

:)