Wednesday, January 8, 2020

2020




Selamat Tahun Baru Korang. Lama rasanya tak menulis di sini. Banyak perkara yang berlaku dalam setahun yang lepas. Kalau nak di cerita memang takkan pernah abis 😆😆. So permulaan tahun kapal terbang 2020 ni, aku mulakan dengan penghijrahan ke rumah sendiri. Alhamdulillah antara kejayaan buat diri aku. 

Bak orang kata , rumah itu masih hutang lagi. Tapi untuk 13 tahun dalam perkhidmatan. Dengan usaha gigih menyimpan, usaha titik peluh keringat akhirnya akhirnya guys. Dapat lah rumah walau bukan landed. hehehehe

So far perpindahan dari kuarters berjalan dengan lancar selancarnya. Cumanya tak lancar bila bab defect rumah, dan seangkatan dengannya. Dulu aku rasa beli rumah semudah ABC , tapi tu hanya angat-angat dalam drama je. Rupanya perjalanan pembelian rumah ni panjang rupanya. Dan memerlukan kesabaran maha tinggi. 

Dari segi kewangan, mental dan fizikal lah. Banyak fasa kau kena lalui. Dari mula lulus loan, lepas loan lulus. Itu belum lagi lawyer dan sebagainya. Aku nasihat simpanla duit. Duit ni akan digunakan untuk macam-macam. Banyak woiii. Setiap kali keluar duit rasa berpeluh yang amat ( drama je lebih 😜

Satu yang aku tetap akan rasa sedih, ayah aku tak dapat tengok kejayaan anak dia sorg ini. Dulu masa ayah aku ada selalu aku cakap dia. Along ada duit memang nak beli rumah. Bolehla semua jalan-jalan umah along. Tapi dia pergi dulu. Tahun ni 6 tahun genap peninggalan dia. Walau dia tiada , semangat dia sentiasa ada disisi aku. 

Thank you mama dan abah sebab tanpa diorang , aku tak berjaya sampai macam ini. Tak lupa juga pada kesayangan sorang itu. Ups dan down tahun demi tahun sentiasa ada disisi aku. 



Moga 2020 berikan laluan kebaikan untuk kita semua. Inshallah



No comments:

Post a Comment